Wednesday, August 8, 2007

RENCAH KEHIDUPAN





RENCAH KEHIDUPAN

Selaut kesyukuran ku panjatkan kehadrat ilahi kerana diri ini telah dipilih oleh allah s.w.t untuk melanjutkan pelajaran di bumi anbia.Tidak terduga rasanya saya ini untuk bermukim di perlembahan Nil ini atau dikenali dengan nama Ardhul Kinanah,apa yang saya nak luahkan disini adalah satu bingkisan mujahidah daripada sababat-sahabat dan masyarakat kita disana(mlaysia),apa yang akan saya nyatakan dibawah ini :


Sahabat-sahabatku yang jauh di perantauan,
Masa yang ada perlulah dipergunakan sepenuhnya untuk membaca dan belajar.Bukannya untuk perkara yang sia-sia.Walaupun kami di mlaysia tidak berpeluang untuk belajar dan menadah kitab dengan para alim ulama di bumi anbia sana,namun ingatlah bahawa amanah yang kita pikul adalah sama sebagai khalifatullah.Dari itu,sama-sama lah kita menyedari bahawa setiap amanah tersebut akan dipersoalkan pada akhirat nanti.Maka beruntunglah sesiapa yang menghabiskan usia mudanya dengan ilmu dan rugilah mereka yang menghabiskan uisa muda mereka dengan bersuka ria semata-semata.perjalanan hidup di usia muda merupakan jalan manuju ke hari tua ,Seandainya kehidupan di usia muda dipergunakan dengan baik,nescaya akan baiklah natijahnya pada hari kemudian.Sebaliknya jika keburukanyag dihasilkan pada usia muda,nescaya itulah jugaakan dituai hari tua nanti.Oleh itu ,hargailah usia muda dengan menggunakannaya ke arah kebaikan sebelum segalanya hilang daripada kita,benarlah mafhum hadis Rasullulah s.w.t:

"rebutlah lima sebelum datang lima perkara :(antaranya)masa muda kamu sebelum masa tua".

Sahabat-sahabat penuntut ilmu Allah sekalian,pergunakanlah peluang berada diperantauan sebaik mungkin dengan menziarahi makam anbia,mllihat keutuhan binaan piramid sebagai pangiktibaramn yang amat besar dan juga menyaksikan sendiri hamparan Laut Merah yang dipenuhi lakaran sejarah.
Sahabat-sahabat seperjuangan,tanggungjawab besar mennanti kalain sebagai penuntut ilmu allah s.w.t apabila kembali ke tanah air,selaian bekerja dan berkeluarga,kalian menjadi harapan untuk membawa masyarajat kembali kepada ajaran islam yang sebenar.Aliran pemikiran yang terlalu liberal berkiblatkan Barat telah menular dan menusuk ke dalam menda umat islam menyebabkan ajaran islam itu dinilai berdasarkan logik akal yang lemah semata-mata kalianlah orang yang bertanggungjawab untuk membetulkan persepsi masyarakat terhadap islam dengan memperlihatkan keindahan islam dan berdakwah kepada masyarakat agar mereka kembali kepada fitrah insaniah yang hakiki.


Teman-teman seperjuang di Mesir sudah tentu tidak sama dengan suasana pembalajaran di Malaysia.Sering kali kedengaran suara yang melontarkan pertanyaan : Ke manakah menghilangnya graduan al-azhar? Ramai yang kembali mutira ilmu yang dikutip di sana untuk memberi manfaat saudara seagama.Mungkin terlupa ngan psan rasulullah s.a.w bahawa sebaik-baik manusia ialah yang memberi manfaat kepada manusia lain,selain itu juga terdengar suara ketidak kepuasan hati ramai orang yang mengatakan bahwa graduan al-azhar tidak berfikiran terbuka dan agak syadid dalam mengamalkan ajaran islam,


Seringkali kedengaran suara yang melontarkan pertanyaan
: Ke
manakah menghilangnya graduan al-azhar?


Apa yang saya nak ungkapkan di sini ialah graduan al-azhar seperti kita terutamnaya para mahasisiwi,perlu mengambil masa menyesuaikan diri dengan budaya masyarakat setempat apabila kembali ke malaysia.Islam itu mudah dan tidak memberatkan manusia dan hukum fikah yang diterima pakai itu berbeza mengikut kelainan tempatnya.Justeru fikah itu mengikut pemahaman manusa terhadap syariat.Walaupun banyak kesilapan berlaku dalam amalan masyarakat nmaun pendekatan untuk menegur haruslah dilakukan dengan cara yang berhikmah dan bersesuaian dengan tahap ilmu orang yang ditegur.Akhawat juga perlu berfikiran terbuka dan bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa ,budaya dan agama.Janganlah sekali-kali merasakn diri lebih tahu keran Allah telah mengingatkan kita bahaw manusia tidak diberikan ilmu melainkan hanya sedikit.



demi masa

sesengguhnya manusia itu di dalam kerugiankecuali oaran-oranfa yang beriman
dan beramal soleh,daan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta
berpesan-pesan dengan kesabaran.
(surah al-'Asr:1-3)



No comments: