Monday, August 6, 2007

hayatilah perjuangan segelintir dari umat islam


hayatilah satu perjuangan dengaan satu tujuan dan matlamat yang satu untuk menegakkan daulah islamiah

Daripada Abu Zaid Bin Zaid Bin Haristah radhiallahuanhuma.aku mendengar rasulallah saw bersabda : "akan di datangkan seorang lelaki pada hari kiamat nanti lalu dilemparkan ke dalam api neraka sehingga terkeluarlah isi perutnyer kemudian lalu is berpusing (di tengah-tengah uguan api neraka) seperti pusing seekor keldai di tempat penggilingan gandum.Para penghuni neraka terkejut melihat kejadian ini lalu mereka segera berhimpun di sekelilingnye sambil berkata kepadanya : Hai Fulan ! mengapa kau jadi begini ? Bukankah dahulu (sewaktu di dunia )engkau suka menyuruh orang membuat kebaiakan dan melarang membuat kemungkaran ?".Lalu orang itu menjawab: A"YAa bear.Dahulunya saya suka menyuruh orang lain berbuat
kebaikan,tetapi saya tidak melakukannya a,dan saya suka melarang orang lain daripada kemungkaran,tetapi saya sendiri melakukannya.

Penjesan yang lebih jelas :
Bahawa hadis ini atas mengandungi amaran keras kepada orang yang suka menyuruh orang lain berbuat kebaikan sedang dia sendiri tidak melakukannya dan juga dia suka melarang orang lain daripada kemungkaran sedangkan dia sendiri melakukannya.oleh itu hendaknya para pendakwah mendahlukan mendakwah diri mereka sebelum mengajak orang lain,kalau pendakwah itu sendiri telah mengamalkan kebaikan yang didakwahkannya,tentunya orang lain akan medah untuk mengikutnya dan mereka dengan mudah percaya bahawa apa yang diajaknya itu adalah satu perkara yang baik,tetapi pendakwah itu sendiri belom melakukan apa yang dikatakannya itu,tentulah orang lain akan meragui kebenaran apa yang diperkatakannya
dan mereka bertanya-tanya,kalau sebenarnya baik apa yang disuruhnya itu,tentu ia terlebih dahulu yang melakukannya,Begitu pula halnya dengan kemungkaran tersebut,tentunya orang tidak akan mengindahkan tegurannya dan tidakannya itu telah manjadi hujah bagi orang lain untuk mereka terus sahaja berada dalam kemungkaran tersebut,

Pendakwah yang seperti ini dapat memberikan kesan yang sangat buruk kepada dakwah dan dapatmenjadi batu penghalang kepada kemaraan perjalanan dakwah itu sendiri,maka dari kerana itu amat berat pula siksaan yang akan dikenakan ke atas dirinya sebagai balasan yagn setimpal dengan tindakannya yang merugikan itu,

kita memohon bersama kepada allah wwt. semoga ia memelihara kita daripada siksanya,amin

Apa yang saya dapat ungkapkan buat akhirnya kepada sahabat-sahabat ku sekalian marilah kita mengambil pengajaran dengan menghayati satu perjuangan dengan satu tujuan dan matlamat yang satu dalam tayangan dibawah, untuk mencapai cita-cita kita iaitu terbinanyer khilafah islamiah atau daulah islamiah yang telah jatuh pada pada tahun 1924 yang lalu (khilafah islamiah ),org islam adalah cermin kepada saudaranya.


No comments: